INFORMASI AKUAKULTUR
Pengurusan Mutu Air
Kepentingan Kualiti Air
  • Meminimakan kematian ikan
  • Tumbesaran ikan tidak terjejas
  • Bebas dari penyakit
  • Bebas dari pemangsa air
  • Hasilkan ikan yang berkualiti
Kualiti air yang sesuai untuk ternakan:
  • Ada punca air
  • Air bebas pencemaran
  • Kuantiti air yang mencukupi
  • Tidak kering musim kemarau
  • Kolam boleh dikeringkan
Punca-punca air:
  • Hujan
  • Sungai
  • Tasik
  • Bekas Lombong
  • Paya
  • Terusan
  • Parit
  • Empangan
  • Mata air
  • Laut
  • Air Paip
Kualiti Air Kolam yang bermasalah berpunca dari:
  • Tiada punca air/takungan air
  • Kolam tidak boleh dikeringkan
  • Kolam keruh dan berlumpur
  • Tiada sistem air keluar masuk
  • Kolam dipenuhi tumbuhan air/lumut
  • Pemberian makanan tidak betul
  • Kadar ternakan terlalu padat
Bagaimana Kualiti Air Ternakan Dapat Dikekalkan?
  • Air masuk berterusan
  • Sistem yang betul
  • Kadar ternakan yang betul
  • Pemberian makanan yang betul
  • Tempat ternakan bersih
  • Pengaporan kolam
  • Pembajaan kolam
  • Pemasangan kincir air (paddle wheel)
  • Pemasangan pengudaraan (blower)
Penentuan Parameter Mutu Air:
  • Suhu
  • pH
  • Oksigen terlarut
  • Alkaliniti
  • Kekeruhan
  • Warna Air
  • Ammonia
  • Ferum
Parameter Air Yang Sesuai Untuk Ternakan
Parameter
Julat
Suhu
25˚C-32˚C
pH
6.5-8.5
DO
Atas 5.0 ppm
Iron(Fe)
Bawah 1.0 ppm
Ammonia
Bawah 0.5 ppm
Alkaliniti
Bawah 100 ppm
Paras air hijau
20cm-40cm
Suhu
  • Suhu tinggi berlaku kematian ikan
  • Suhu rendah gangguan tumbesaran ikan
  • Gangguan penetasan telur & pembiakan
  • Pertukaran suhu secara mendadak boleh menyebabkan kematian ikan(pindah ikan/kemasukan benih/pengangkutan ikan hidup)
  • Hujan lebat secara tiba-tiba boleh menyebabkan kematian
  • Suhu yang sesuai (25˚C-32˚C)
  • Peralatan digunakan Jangka Suhu
pH
  • Unit yang digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkalian air
  • pH yang sesuai ialah 6.5-8.5
  • pH yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menghentikan kadar tumbesaran dan menyebabkan kematian ikan
  • Ikan tiada selera makan
  • Kadar pembesaran lambat/bantut
  • tiada pembiakan berlaku
  • Kolam pH rendah perlu dikapor
  • Kolam pH tinggi perlu dikeringkan dan diganti air baru, lakukan secara berulang-ulang
OKSIGEN TERLARUT (DO)
Oksigen kurang pada malam hari dan di awal pagi kerana:
  1. Kurang percampuran air bahagian atas dan bawah
  2. Tiada air masuk
  3. Kelebihan proses pereputan
  4. Tiada aktiviti fotosintesis
Untuk Mengatasi:
  1. Penggunaan alat pengudaraan
  2. Penggunaan Sub Messeble Pump
  3. Penggunaan blower
  4. Memasukkan air secara berterusan
Tanda-tanda ikan kekurangan oksigen
  • Ikan berada di atas permukaan air
  • Ikan akan berkumpul di tempat air masuk
  • Ikan dalam keadaan tercungap-cungap
AMMONIA
  • Ikan mengeluarkan ammonia dalam bentuk bahan buangan
  • Jumlah tebaran ikan yang padat boleh meningkatkan kandungan ammonia
  • Kolam ternakan yang tiada air keluar masuk dengan ikan yang padat meninggikan kandungan ammonia
  • Sisa makanan yang berlebihan tingkatkan ammonia
  • Kesan: Kematian kepada ikan dan ikan bantut
  • Cara mengatasi masukkan air secara berterusan ke kolam ternakan
  • Julat yang sesuai untuk ammonia dibawah 0.5 ppm
Pengaporan Kolam
  • Meninggikan pH air kolam
  • Mengelakkan penyakit
  • Mengukuhkan dasar kolam
  • Meninggikan kesuburan kolam
  • Cepatkan proses pemendapan
Kadar penggunaan kapur mengikut pH air
pH air
< 4.0
4.0-4.5
4.5-5.0
5.0-5.5
5.5-6.0
6.0-6.5
Kapur sejuk Ca(OH)₂ (tan/ha)
1.9
1.5
1.1
1.0
0.6
0.5
Pembajaan Kolam
    Menghasilkan air hijau untuk makanan semulajadi
Kesimpulan
    Pengurusan kualiti air amat penting dalam semua jenis sistem ternakan kerana kegagalan dalam aspek kualiti air akan mengakibatkan kematian dan seterusnya mendatangkan kerugian kepada projek ternakan tersebut. Oleh itu tumpuan terhadap pengurusan kualiti air perlulah diberi keutamaan agar projek yang dijalankan menghasilkan pulangan yang lumayan kepada pengusaha.