PROFILE ARC
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Aquaculture Resource Centre(ARC) adalah sebuah syarikat perkongsian yang telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2007 hasil daripada gabungan dua orang individu yang terlibat secara aktif dalam industri akuakultur. Matlamat penubuhan ARC adalah untuk memajukan industri akuakultur dan berperanan sebagai pengeluar produk berasaskan perikanan. Berpandukan kepada pengalaman sedia ada dalam industri ini, ARC telah berjaya menghasilkan benih ikan air tawar yang berkualiti tinggi dengan peratusan kematian yang rendah dan telah berjaya menternak ikan dengan kuantiti yang tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.
Sejak tahun 2007, ARC telah mendapat permintaan pasaran benih ikan yang tinggi hasil daripada keyakinan pelanggan terhadap syarikat ARC. Majoriti pelanggan ARC sangat berpuas hati kerana kadar kematian benih ikan amat rendah serta harga yang ditawarkan juga berpatutan. Secara tidak langsung, ia turut menyumbang kepada keuntungan yang lebih kepada pelanggan. Bagi hasil ternakan ikan pada saiz pasaran pula, ARC telah berjaya membekalkan kepada pasaran di sekitar Selangor bagi memenuhi pasaran ini dan ikan keli yang dibekalkan siap di proses bersih bagi memudahkan pelanggan sedia ada.
Pusat jualan ARC bertempat di Sungai Buloh, Selangor berperanan menjalankan proses kuarantin dan menyimpan stok benih ikan sebelum dijual kepada pelanggan. Produk hiliran dan hasil ternakan ikan juga diproses di sini sebelum dihantar kepada pasaran di sekitar Selangor. Manakala Pusat Pembenihan dan Ternakan yang dioperasikan oleh ARC berkeluasan 150 ekar berupaya menghasilkan lebih dari 5 juta ekor benih ikan dan 80 tan berat ikan matang sebulan. Ladang pembenihan dan ternakan ikan air tawar ini merupakan yang terbesar di Negeri Selangor.
Pada tahun 2020 Aquaculture Resource Centre telah menaik taraf kepada ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd seiring dengan kemampuan syarikat dan meluaskan lagi peluang untuk syarikat berkembang dan mendapat kepercayaan yang lebih dari pihak pembekal, Kerajaan dan lain-lain untuk berkerjasama.
Pihak ARC sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk usahasama daripada pihak tuan untuk memajukan lagi sektor akuakultur ini.
Pusat Jualan Hasil Perikanan ARC, Sungai Buloh
Pusat Kuarantin Benih Ikan, Sungai Buloh
Ladang Pembenihan Dan Ternakan Ikan Air Tawar, Bestari Jaya