INFORMASI AKUAKULTUR
PEMILIHAN LOKASI KOLAM
Faktor Utama: Berhampiran sumber air bersih
Lokasi kolam yang ingin di dirikan hendaklah berhampiran sumber air bersih seperti sungai, tasik, bekas lombong, paya, terusan, parit, empangan & mata air. Sample air juga perlu diambil dan dianalisa di makmal untuk memastikan air tersebut sesuai untuk ternakan ikan. Parameter air yang sesuai sila rujuk topik 'Pengurusan Mutu Air'.
Faktor Kedua: Kawasan Air Kolam Boleh Dikeringkan
Lokasi kawasan pembinaan kolam hendaklah tidak terlalu rendah atau sama pada paras air untuk mengelakkan kolam ikan tersebut tidak boleh dikeringkan melalui graviti dan menyukarkan proses tuaian dan pengapuran bagi kolam tanah. Elakkan juga pemilihan lokasi kolam pada kawasan-kawasan yang sering dilanda 'banjir'.
PEMILIHAN JENIS KOLAM
Kolam Tanah
Bagi projek penternakan ikan pada skala besar, kolam tanah biasanya menjadi pilihan bagi sesetengah pengusaha. Pembinaan kolam tanah yang betul dapat memudahkan proses tuaian ikan. Antara kelebihan kolam tanah ialah pembesaran ikan lebih cepat berbanding kolam konkrit disamping kos pembinaanya yang rendah.
Kolam Konkrit
Pemilihan kolam konkrit menjadi pilihan utama bagi penternak yang inginkan kemudahan pengurusan & proses tuaian ikan. Hasil tuaian ikan 100% dapat di ambil dari kolam dalam masa yang singkat. Dari segi kos, pembinaan kolam konkrit memerlukan modal yang agak tinggi. Kolam konkrit juga memudahkan pengurusan kualiti rasa ikan.
Sangkar
Sangkar adalah salah satu cara untuk menternak ikan di bekas-bekas lombong. Pengurusan kualiti air amat mudah kerana tidak perlu untuk menukar air ternakan. Sangkar perlu dibina dengan kukuh untuk mengelakkan pemangsa didalam lombong tersebut. Kos pembinaan sangkar yang baik memerlukan modal yang agak tinggi.