INFORMASI AKUAKULTUR
Pengurusan Kesihatan Ikan
Definasi Penyakit
  • Perubahan samada dari segi fizikal dan kelakuan dari keadaan normal kepada tidak normal yang disebabkan oleh faktor-faktor yang mungkin diketahui ataupun tidak diketahui.
  • Gangguan fungsi organ dalaman.
Punca ikan sakit:
  • Alam akuatik yang tidak sesuai
  • Keracunan air dan makanan
  • Tidak cukup makan/makanan kurang zat
  • Cara penangkapan atau pengendalian
  • Kuman(parasit, bakteria, kulat/virus)
Dari mana agen penyakit datang?
  • Air
  • Sedimen
  • Makanan
  • Haiwan akuatik lain/burung
  • Manusia
  • Peralatan
Bagaimana ia masuk pada ikan?
  • Melalui insang
  • Melalui kulit
  • -Garis Deria
    -Kecederaan
  • Makanan
Bagaimana Penyakit ikan berlaku?
  • Berlaku apabila ikan mengalami tekanan akibat dari faktor-faktor berikut:
  • a. DO kurang dari 3.0mg/l
    b. pH kurang dari 6.0 dan >8.5
    c. Ammonia > 1.0ppm
    d. Nitrat > 1.0ppm
    e. Nitrit > 0.02ppm
    f. Suhu < 26˚C
  • Kekurangan makanan seimbang atau makanan yang berkualiti
  • Baka yang kurang baik
  • Pertukaran air yang tidak sempurna
  • Penyediaan kolam yang tidak betul
  • Persekitaran yang buruk
  • Kelemahan pengurusan
Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti berikut:
Apakah perbezaan ikan sakit & ikan sihat?
a)Perubahan Kelakuan
Ikan Sihat
Ikan Sakit
Cergas
Makan seperti biasa
Berenang seperti
  biasa
Lemah/tidak aktif
Tidak makan/kurang
  selera
Berenang pantas atau
  berpusing-pusing
Mengesel badan
Hilang keseimbangan
Mulut & insang terbuka
  luas & cepat bernafas
b)Perubahan Morfologi
Kemerahan di kawasan badan dan kepala
Luka/kudis pada badan/ekor
Reput sirip/ekor/sisik tanggal
Perut / abdomen membesar
Apakah kesan-kesan penyakit?
  • Kematian
  • Pembantutan tumbesaran & perubahan tempoh ternakan yang panjang
  • Nisbah pertukaran makanan yang rendah
  • Tahap kadar kepadatan maksimum yang rendah
  • Kos penghasilan yang tinggi
Perbezaan simptom yang ditunjukkan akibat masalah patogen
Masalah Persekitaran
Parasit
Bakteria
Virus
Kematian serta- merta
Dalam kuantiti yang banyak
Tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit
Kematian berperingkat-peringkat
2-10 ekor sehari
Badan diselaputi lendir dengan banyak
Kematian berperingkat-peringkat
2-20 ekor sehari
Terdapat luka, kudis, kemerahan dan sebagainya
Kadar kematian akibat virus tinggi
Kematian selalunya melibatkan peringkat spesies ikan tertentu
Terdapat tanda klinikal patologi
Perbezaan Simptom Punca Masalah Persekitaran Yang Berlainan
Simptom
Pencemaran Racun
Kekurangan Oksigen
Kelakuan
Berenang tak tentu arah;kematian akut
Tercungap-cungap di permukaan
Waktu kematian
Bila-bila masa
Malam; subuh
Warna air
Biasa; tidak berbau
Coklat kehitaman
pH air
7.5 - 9.0
6.0 - 7.5
Oksigen terlarut
5 - 7 ppm
1 -2 ppm
Saiz ikan
Semua saiz terlibat
Saiz besar mati dahulu
Cara Identifikasi Punca Kematian
Jenis Penyakit Yang Biasa Menyerang Ikan Air Tawar
1) Jangkitan Ichthyophthirius multifilis
  • Dari kumpulan protozoa - ich
  • Boleh menjangkiti dan membahayakan ikan dalam masa yang singkat
  • Boleh menyebabkan kematian yang serentak
  • Menyerang semua jenis ikan air tawar termasuk rega dan benih
  • Menyerang semasa ikan lemah & pada julat suhu yang berbeza
  • Mudah menjangkiti ikan semasa suhu rendah
  • Bintik-bintik putih pada seluruh badan
  • Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit bintik putih
Tanda-tanda penyakit:
  • Ikan tiada selera makan
  • Ikan akan berenang perlahan, tidak tentu arah & kadangkala berenang pantas di permukaan air
  • Menggeselkan badan pada batu, kayu dan objek keras kerana gatal
  • Terdapat bintik-bintik putih pada badan ikan
Rawatan Penyakit Bintik Putih:
Bahan
Jenis Rawatan & Penggunaan
Methylene Blue
Rawatan Berterusan - Masukkan sukatan Methylene Blue ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Methylene Blue 3 - 5ppm (3 - 5mg/liter). Ulang rawatan selepas 4 - 5 hari sekiranya masih ada tanda-tanda bintik putih. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia.
Garam
 
 
 
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan
Rawatan Mandian - Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan - Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.
PERHATIAN - Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
  • Jangan gunakan peralatan yang telah digunakan di kolam yang telah dijangkiti,
  • Peralatan perlu dirawat sebelum digunakan semula.
  • Pastikan suhu air kolam sentiasa panas.
  • Kolam-kolam yang telah dijangkiti perlu disediakan dengan teliti
  • Pengapuran dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan sehektar perlu dilakukan.
2) Jangkitan Trichodina
  • Menjangkiti semua jenis ikan spt Kap Kepala Besar, Tilapia, Kap Rumput, Lee Koh dan Lampam Jawa.
  • Cepat merebak di kolam yang berlaku kemerosotan mutu air.
  • Boleh menyebabkan kematian yang tinggi.
Tanda-tanda penyakit:
  • Ikan menjadi lemah & menggeselkan badannya pada batu atau kayu akibat gatal.
  • Terdapat lendir yang berlebihan pada kulit dan insang.
  • Ikan akan berenang pantas dan kadang kala berpusing ligat.
Rawatan Jangkitan Trichodina:
Bahan
Jenis Rawatan & Penggunaan
Pottasium Permanganate
Rawatan Berterusan - Masukkan sukatan Pottasium Permanganate ke dalam air kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Pottasium Permanganate 2ppm (2mg/liter). Sekiranya air tidak kekal berwarna merah jambu didalam masa 4-6 jam, masukkan tambahan 1.75ppm (1.75mg/liter)ke dalam air tersebut. Ulangi sehingga air kolam kekal berwarna merah jambu didalam masa 4-6 jam. Jangan masukkan jumlah bahan melebihi 6 - 8ppm (6 - 8mg/liter) kedalam air kolam tersebut. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia. Maksimum rawatan hanya 3 kali & selang selama 4 hari jika keadaan memerlukan.
Garam
 
 
 
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan
Rawatan Mandian - Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan - Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.
PERHATIAN - Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
  • Kuarantin ikan baru sebelum memasukkan ikan tersebut ke dalam kolam dengan rawatan mandian larutan garam 10ppt (10gm/liter) selama 30 minit.
  • Periksa parameter mutu air dan pastikan mutunya sentiasa baik dan memuaskan.
  • Sisa-sisa makanan yang berlebihan dalam tangki asuhan benih perlu dibersihkan agar tidak mengotorkan air.
  • Pasang perangkap burung supaya tiada parasit merebak melalui bawaan burung.
  • Bersihkan kolam daripada siput-siput yang membiak dan menjadi perumah kepada parasit.
3) Jangkitan Parasit Helminth-Trematoda(Fluke)
  • Parasit monogenea ini terdiri dari cacing helminth yang kecil & membahayakan ikan ternakan.
  • Disebarkan oleh ikan-ikan liar yang memasuki kolam.
  • Berbagai spesies dalam kelas monogenea dan menyerang ikan ternakan terutamanya benih ikan.
  • Cacing ini hanya terdapat pada ikan yang hidup sahaja.
  • Membiak dengan pesat pada musim panas iaitu sebanyak 20 kali ganda berbanding musim hujan / sejuk.
  • Dua spesies yang sering ditemui ialah Gyrodactylus sp & Dactylogyrus sp.
  • Perbezaan kitar hidup antara 2 parasit tersebut ialah Gyrodactylus.sp menyambung generasinya dengan melahirkan anak manakala Dactylogyrus.sp dengan menghasilkan telur-telur.
Tanda-tanda penyakit:
  • Anak-anak ikan yang dijangkiti akan menjadi lemah dan tidak mahu makan.
  • Warna badan menjadi pucat dan kurus.
  • Ikan berenang tanpa arah tertentu dengan laju & berpusing-pusing setempat kerana kegatalan.
  • Tanda-tanda reput sirip, sesungut dan sering kali di bahagian bawah kepala menjadi merah.
  • Menyebabkan kematian jika jangkitannya serius pada anak ikan.
Rawatan Jangkitan Parasit Helminth-Trematoda(Fluke)
Bahan
Jenis Rawatan & Penggunaan
Trichlorofon (Neguvon)
Rawatan Berterusan - Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 - 0.5ppm (0.2 - 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia.
Garam
 
 
 
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan
Rawatan Mandian - Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan - Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.
PERHATIAN - Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
  • Hindarkan penggunaan air yang disyaki mempunyai cacing ini.
  • Pastikan induk-induk atau benih ikan yang dilepaskan kedalam kolam tidak dijangkiti oleh parasit ini.
  • Ternakan hendaklah diberikan makanan yang mencukupi & berkhasiat untuk melawan penyakit ini dan mengurangkan kadar kematian.
  • Kuarantin ikan baru sebelum memasukkan ikan tersebut ke dalam kolam dengan rawatan mandian larutan garam 10ppt (10gm/liter) selama 30 minit terutamanya pada musim panas.
4) Jangkitan Penyakit Lernaea
  • Parasit Lernaea sp. adalah ahli kumpulan Krustasia.
  • Dikenali juga sebagai cacing sauh.
  • Menjangkiti semua jenis ikan terutamanya ikan kap.
  • Jangkitan yang serius akan menyebabkan badan bintik-bintik merah terutamanya pada badan, sirip dan kepala.
  • Sekiranya keadaan ini berterusan akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria dan memburukkan lagi keadaan ikan.
  • Cacing ini hanya terdapat pada ikan yang hidup sahaja.
Tanda-tanda penyakit:
  • Bintik-bintik merah terutamanya pada badan, sirip dan kepala.
  • Ikan yang kecil akan mati dahulu & ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.
Rawatan Jangkitan Penyakit Lernaea
Bahan
Jenis Rawatan & Penggunaan
Trichlorofon (Neguvon)
Rawatan Berterusan - Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 - 0.5ppm (0.2 - 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia.
Garam
 
 
 
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan
Rawatan Mandian - Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan - Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.
PERHATIAN - Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
  • Kolam yang dijangkiti parasit ini perlu dikeringkan dan di kapur dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan perhektar.
5) Jangkitan Penyakit Argulus
  • Argulus sp. adalah sejenis branchiura dalam kumpulan Krustasia yang merbahaya kepada ikan ternakan.
  • Lebih dikenali sebagai kutu ikan.
  • Menjangkiti semua jenis ikan pada semua peringkat.
  • Ikan menjadi lemah & terdapat penyakit sekunder yang disebabkan oleh bakteria & kulat.
Tanda-tanda penyakit:
  • Ikan kelihatan lemah dan hilang warna keasliannya, pudar atau tidak berkilat.
  • Ikan tidak akan makan dan kemungkinan tumbesarannya terbantut.
  • Tompok-tompok kemerahan mungkin terdapat di pangkal-pangkal sirip, dan juga di kulit kerana jangkitan sekunder.
  • Ikan berenang tidak tentu arah atau melompat dalam air dan juga terdapat lendir yang berlebihan.
Rawatan Jangkitan Penyakit Lernaea
Bahan
Jenis Rawatan & Penggunaan
Trichlorofon (Neguvon)
Rawatan Berterusan - Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 - 0.5ppm (0.2 - 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia.
Garam
 
 
 
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan
Rawatan Mandian - Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan - Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.
PERHATIAN - Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
  • Sediakan kolam yang hendak digunakan secara sistematik sebelum dimasukkan air dan ikan.
  • Saluran air masuk dipastikan tidak membawa ikan-ikan liar yang berkemungkinan terdapat argulus.
  • Peralatan yang digunakan seperti pukat , jala, tangguk dan sebagainya dikeringkan sebelum digunakan
Kaedah Mengira Dos Ubat Untuk Merawat Penyakit Ikan
  • Dos ubat untuk merawat ikan biasanya digunakan dalam unit ppm(parts per million)
  • 1 mg ubat dilarutkan ke dalam 1 liter air menjadi 1.0 ppm.
  • Jika 5 ppm - bermakna 5 mg ubat dilarutkan ke dalam 1 liter air.
  • Isipadu air samada dalam tangki atau kolam perlu ditentukan terlebih dahulu
  • Isipadu air diukur dalam unit liter atau ton.
  • Alat penimbang mikro berketepatan (d=0.1 gm) perlu ada untuk menimbang ubat-ubatan yang digunakan.
Contoh 1.
  • Ikan kap yang terdapat dalam sebuah tangki fibreglass yang berukuran 10 meter panjang x 5 meter lebar dan 1.2 meter tinggi telah dijangkiti dengan penyakit bintik putih yang disebabkan oleh parasit Ichthyopthirius multifilis. Dalam air adalah 1.0 meter. Ubat yang dicadangkan adalah Methylene Blue dengan dos 3 ppm. Kirakan jumlah isipadu air dan jumlah ubat yang diperlukan.
Langkah 1 : Mengira isipadu air.
Isipadu Air(mᶟ) =
Panjang(meter)
x
Lebar(meter)
x
Dalam(meter)
=
10m
x
5m
x
1m
=
50mᶟ
       
1mᶟ =
1000 liter air        
50mᶟ =
50,000 liter air        
Langkah 2 : Mengira jumlah ubat yang perlu digunakan.
Dos ubat yang dicadangkan ialah 3ppm.
1 liter air
=
3.o mg Methylene Blue
50,000 liter air
=
50,000 x 3.0 mg/L = 150,000 mg Methylene Blue
=
150 gram Methylene Blue
Kesimpulan :
Masukkan 150 gm Methylene Blue ke dalam tangki tersebut yang berkapasiti 50,000 liter air. Untuk mendapatkan larutan yang sekata, larutkan didalam tong air dahulu kemudian siramkan air tersebut ke serata tangki tersebut. Pastikan kolam tersebut dibekalkan sistem pengudaraan yang mencukupi.
Contoh 2.
  • Sebuah kolam ternakan ikan tilapia telah mengalami penyakit yang disebabkan oleh parasit. Antara tanda-tanda penyakit pada ikan tersebut ialah ikan kurang selera makan dan mengalami reput sirip dan sesungut. Apakah rawatan yang sesuai bagi jangkitan parasit tersebut. Saiz kolam ternakan tersebut ialah 5 m panjang, 4 meter lebar dan mempunyai kedalaman air 50cm.
Langkah 1 : Mengira isipadu air.
Isipadu Air(mᶟ) =
Panjang(meter)
x
Lebar(meter)
x
Dalam(meter)
=
5m
x
4m
x
0.5m
=
10mᶟ
       
1mᶟ =
1000 liter air        
10mᶟ =
10,000 liter air        
Langkah 2 : Mengira jumlah garam yang perlu digunakan.
Kepekatan garam yang dicadangkan ialah 3ppt.
1 liter air
=
3.o gm Garam
10,000 liter air
=
10,000 x 3.0 gm/L = 30,000 gm Garam
=
30 kg Garam
Kesimpulan :
Masukkan 30 kg garam ke dalam kolam tersebut yang berkapasiti 10,000 liter air. Untuk mendapatkan larutan yang sekata, larutkan didalam tong air dahulu kemudian siramkan air tersebut ke serata tangki tersebut. Pastikan kolam tersebut dibekalkan sistem pengudaraan yang mencukupi.