INFORMASI AKUAKULTUR
JENIS IKAN AIR TAWAR KOMERSIL
Keli Eksotika/Afrika + Bunga
Ikan keli ini adalah kacukan daripada baka Eksotika dan Bunga. Sesuai untuk ternakan komersial kerana dagingnya yang sedap dan kadar tumbesaran yang agak cepat iaitu boleh mencapai berat 200g dalam masa 3 bulan daripada saiz benih 3 inci. Ikan keli ini juga mempunyai toleransi yang tinggi kepada kualiti air dan penyakit.
Puyu Siam Gold
Ikan Puyu ini adalah berasal daripada baka siam yg mempunyai kadar tumbesaran yang agak cepat berbanding puyu biasa. Ianya dipanggil Puyu Siam Gold kerana warnanya yang keemas-emasan. Tempoh ternakan puyu ini ialah antara 4-6 bulan bagi mendapatkan saiz di bawah 10ekor/kg dengan pengurusan makanan ikan yang cekap.
Tilapia Merah
Ikan Tilapia Merah adalah antara jenis ikan yang sesuai untuk dikomersialkan. Ikan ini memerlukan penjagaan yang rapi dan tidak boleh diternak dalam keadaan padat. Faktor keluasan tanah merupakan aspek yang penting bagi ternakan ikan ini. Tempoh ternakan ialah 5-7 bulan bagi saiz 1-4 ekor/kg.