SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ARC

ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd (ARC) adalah sebuah syarikat pengeluar benih ikan air tawar khususnya benih Ikan Keli dan Tilapia. Ditubuhkan pada Tahun 2007 dengan hasrat dapat memajukan sektor akuakultur dan menjadi penerus kepada sumber perikanan komersial. ARC menjalankan aktiviti pembenihan & ternakan ikan air tawar di Ladang Bestari Jaya, Selangor. Manakala Pusat Jualan Hasil Perikanan ARC bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Antara aktiviti-aktiviti harian ARC adalah membekalkan Benih Ikan dan penghantaran Ikan Keli Siap Siang ke restoran-restoran dan tempahan daripada individu. ARC sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke Pusat Jualan dan Ladang kami. Sila hubungi pihak syarikat ditalian 0104506236 untuk temujanji.